Sunday, August 23, 2009

RPH PSV



Perancangan :

Kelas : 1 Bijak
Bilangan pelajar : 39 murid
Tarikh : 25 Ogos 2009
Masa : 60 minit
Bidang : Menggambar
Tajuk : Kitar Semula
Kemahiran / Tema : Origami
Pengetahuan Sedia Ada : i. Mengenali barang-barang yang dikitar semula
ii. Mengenali bentuk 3 Dimensi
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat :
i. Mengenal pasti barang kitar semula
ii. Menghasilkan sekurang-kurangnya satu bentuk origami
menggunakan bahan kitar semula iaitu kertas terbuang

Kemahiran Berfikir : Kritis - mengelaskan , Kreatif - menjana idea dan merekacipta

Penerapan Nilai : Bekerjasama, Kebersihan

Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil kerja

Keperluan : Alat - gunting @ pisau

Bahan - kertas terbuang seperti surat khabar, majalah dll

Rujukan - Contoh buku rujukan Origami


__________________________________________________



Pelaksanaan :


Set Induksi (10min)
Aktiviti Guru :

1. Guru mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar setelah memaparkan contoh gambar atau paparan dari LCD.

  • Pada pendapat anda dimanakah selalunya anda dapat melihat tong kitar semula ?
  • Cuba nyatakan jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula.

Aktivti Murid :

1. Murid-murid akan melihat gambaran dari paparan LCD

2. Murid-murid akan menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

___________________________________________________

Penyampaian :

Langkah 1 : (10min)

Aktiviti Guru :

1. Guru menunjukkan salah satu contoh bahan kitar semula iaitu kertas (majalah, kertas pelbagai warna)

2. Guru menunjukkan cara menghasilkan pelbagai jenis bentuk origami yang ringkas menggunakan bahan kitar semula iaitu kertas

Aktiviti Murid :

1. Murid memerhati dan menjalankan aktiviti bebas mengeksplorasi bahan tersebut.

Murid mengenali fungsi dan kesan hasil daripada alam benda yang digunakan.

Langkah 2 (30min) :

1. Di dalam kelas - Guru memberi arahan kepada murid untuk memulakan tugasan. Mengeksplorasi/Mengolah origami pelbagai jenis dengan menggunakan bahan kitar semula iaitu kertas.

2. Setiap murid digalakkan menghasilkan sekurang-kurangnya 2 bentuk origami.

___________________________________________________

Penilaian dan Penutupan (10min) :

Sesi Apresiasi dan Refleksi :

1. Hasil kerja dipamerkan

2. Murid-murid dapat menilai keupayaan dan pendapat diri sendiri.

  • Seronokkah?
  • Apa pendapat kamu tentang penggunaan bahan kitar semula ini di dalam origami?

Guru akan merumuskan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja murid-murid.

___________________________________________________

Catatan Refleksi : Guru berusaha mengingat dan merenung kembali aktiviti P&P, menganalisa dan menilai kesannya bagi tujuan membaiki dan merancang, kaedah dan teknik mengajar ke arah meningkatkan keberkesanannya pada masa depan.


Format Rancangan Pengajaran